Thursday, August 16, 2007

Gambar di mana keadaan bandar Kota Tinggi semasa dilanda banjir


Inilah keadaan bandar Kota Tinggi sekitar bulan disember 2006....Banjir besar yang melanda menyebabkan banyak premis-premis perniagaan terpaksa menghentikan aktiviti peniagaan. Gambar ini menunjukkan bahawa premis-premis peniagaan di bandar berkenaan mengalami kerugian yang amat besar teruatama dari segi kerosakan peralatan perniagaan yang bernilai. Kumpulan saya akan ke Kota Tinggi untuk membuat kajian soal selidik, pemerhatian turut serta dan temubual dengan penduduk kampung di salah sebuah kampung di sana untuk mengetahui keadaan infrastuktur di kawasan tersebut yang mungkin menjadi punca kepada fenomena banjir yang berlaku.

Sunday, August 5, 2007

Pengenalan

Assalammualaikum.....
Saya Nadiera bt Mohd Saman pelajar program Sains Pembangunan ingin berkongsi bersama-sama dengan rakan yang lain mengenai bencana banjir yang amat besar dan dahsyat melanda di daerah Kota Tinggi,Johor. Pada 31 Ogos ini, saya akan ke Kota Tinggi untuk kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar. Melalui Kerja lapangan ini, saya akan dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai banjir yang melanda di negeri tersebut melalui sesi 'inteview' bersama penduduk di salah sebuah kampung di sana.