1.0 PENGENALAN
Pada 1 hingga 3 September 2007, kumpulan kami telah buat satu kajian lapangan di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan kami telah mengkaji mengenai kesan terhadap infrstruktur di kawasan Kota Tinggi akibat banjir yang melanda pada hujung bulan Disember 2006 dan pada awal bulan Januari 2007. kajian telah dijalankan di berberapa buah kampung iaitu Kampung Tembioh, Kampung Kelantan dan Kampung Mukim. Kami juga telah membuat kajian di sebuah kawasan perumahan Taman Mawai. Daripada kajian yang telah kami jalankan, satu hasil kajian dapat kami perolehi.
Sunday, October 28, 2007
Wednesday, October 24, 2007
Friday, September 28, 2007
Pembangunan Bandar
Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapatmempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.
Banjir kali Kedua
Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Di Melaka, 3,193 orang dari 691 keluarga dari Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin terpaksa berpindah. Sejumlah 35 pusat pemindahan telah dibuka. Banjir ini merupakan paling teruk di daerah ini sejak 15 tahun lalu.
Di Pahang, lebih 3,000 orang dipindahkan di beberapa kawasan di Rompin, terutamanya di Bandar Tun Razak. Lebih 6,000 penduduk, termasuk di sembilan kawasan Felda Selancar, terkandas akibat dua jambatan yang rosak teruk di kawasan terbabit.
Di Negeri Sembilan, kawasan yang terbabit ialah Gemas dan Gemencheh. Sejumlah 80 orang telah dipindahkan.
Info mengenai banjir di kota tinggi
Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bharu, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderkana uniform sekolah kepada mereka yang terlibat Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut.Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan
Sunday, September 23, 2007
Perkembangan Selepas Kerja Lapangan
Pada 5 September 2007, saya dan kumpulan membuat satu pertemuan untuk memulakan pengasingan maklumat untuk mendapatkan hasil kajian melalui kaedah SPSS. Agak pening juga untuk menggunakan kaedah ini dan akhirnya kami membuat keputusan untuk bertanya dengan Prof. Hamzah untuk mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai kaedah tersebut. Kami dapat bertemu dengan Prof. Hamzah dan prof telah menerangkan mengenai penggunaan kaedah tersebut.
Monday, September 17, 2007
Hari Ketiga di Kota Tinggi
Pada 3 September 2007, iaitu hari ketiga saya berada di sana. Pada jam 9.00 pagi, kami semua telah berkumpul beramai-ramai dan akan menaiki bas bertolak ke Pejabat Kerajaan untuk mendapatkan maklumat sekunder daripada pihak yang terlibat. Saya dan ahli kumpulan saya yang lain telah pergi ke pejabat daerah Kota Tinggi dan di sana pegawai daerah telah bersedia untuk ditemubual dan sudi memberi kerjasama yang baik kepada kami semua. Kami telah mendapat banyak maklumat sekunder daripada pegawai daerah tersebut. Di samping itu, beliau juga telah memberi maklumat kepada kami mengenai jabatan-jabatan yang boleh menjawab soalan-soalan yang kami ajukan dengan lebih tepat dan jelas. Kumpulan kami yang mengkaji kemudahan infrastruktur yang terdapat di Kota Tinggi telah diarahkan ke Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT) dan Jabatan Kerja Raya(JKR). Masa tidak mengizinkan, kami terpaksa berhenti sementara untuk sesi temubual dan menyambung tugasan kami kembali selepas waktu makan tengahari iaitu pada jam 2.15 petang. Saya dan ahli kumpulan saya berpecah. Saya dan rakan saya, Jothi telah bergerak ke Jabatan Kerja Raya(JKR) untuk menemubual Encik Said iaitu wakil dari pihak JKR untuk memberi maklumat lanjut mengenai kerosakan jalan raya di seluruh kawasan yang terlibat. Dua lagi ahli kumpulan saya telah bergerak ke Jabatan Pengairan dan Saliran dan MDKT. Hasilnya akan saya masukkan dalam laporan kumpulan nanti. Pada jam 4.00 petang, kami telah bertolak pulang ke UKM dengan maklumat yang kami perlukan.;)
Wednesday, September 12, 2007
Hari Kedua di Kota Tinggi
Pada hari kedua, 2 September 2007, jam 9.00 pagi, 3 buah bas telah bersedia untuk membawa kami semua ke kawasan-kawasan yang dikaji iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang. Kumpulan saya telah memilih Kamung Tembioh sebagai kawasan kajian yang pertama. Di sana kami diberi masa selama 2 jam untuk mencari bahan daripada responden-responden melalui kaedah soal selidik dan temubual. Di sana, kami telah berpecah untuk mencari responden. Berbagai maklumat yang kami terima berkaitan dengan tajuk kami iaitu kesan banjir ke atas kemudahan infrastruktur di kawasan Kg Tembioh. Kebanyakan infrasturktur di sana mengalami kerosakan seperti jalan raya berlubang dan longkang pecah selepas banjir berlaku. Sungai pula dipenuhi dengan pasir menyebabkan sungai menjadi cetek atau tidak dalam. Kerosakan yang berlaku terhadap kemudahan infrastruktur telah mula diperbaiki dan ada yang sudah siap diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Selepas menjalankan kajian di Kg Tembioh, kami bertolak ke Kg Kelantan untuk mengetahui keadaan infrstruktur di sana. Melalui kajian yang kami lakukan, Kg Kelantan juga mengalami masalah kerosakan yg sama seperti Kg Tembioh. Jalan raya dan longkang telah diperbaiki dan ada juga longkang yang baru dibina. Sungai Kemang yang berhampiran dengan Kg Kelantan juga telah mula didalamkan untuk memudahkan pengaliran air sungai dengan lancar. Pada hari tu, memang sangat letih sebab berjalan terlalu banyak tapi sebab bahan semua ok...hehehe...
Friday, September 7, 2007
Kerja Lapangan di Kota Tinggi.
HARI PERTAMA
Pada jam 2.00 petang, saya bersama rakan-rakan yang lain tiba di daerah Kota Tinggi. Sampai di sana, kami diberi masa selama setengah jam untuk makan tengahari sementara menunggu waktu check-in pada pukul 2.45 petang. Selepas makan, kami semua telah check-in bilik dan dibenarkan solat dan berehat selama setengah jam dan berkumpul berhampiran dengan hotel pada jam 4 petang. Pada jam 4 petang, kumpulan saya iaitu Kumpulan Media telah membuat kajian soal selidik di kawasan perumahan yang berhampiran dengan bandar Kota Tinggi. Kami telah membuat kaji selidik di Taman Mawai Baru dan juga di Kampung Makam. Kami telah mendapat maklumat daripada berberapa orang responden di sana dan pelbagai maklumat kami terima dari setiap responden bagi tajuk kajian yang kami kaji. Tetapi perjalanan kami untuk terus mencari responden terhalang disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan dan kami pulang ke hotel pada jam 6.00 petang. Pada waktu malam, kami berjalan-jalan disekitar bandar Kota Tinggi sambil memikirkan apa yang bakal kami lakukan esok.
Tinjauan Awal
Satu tinjauan telah dilakukan di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa 1hari. Tinjauan awala ini dilakukan bertujuan unutuk mendapatkan gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan pada awal bulan Januari 2007. rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan satu kumpulan membuat tinjauan dari segi sudut demografi manakala satu lagi kumpulan dari segi urbanisasi dan pembangunan bandar. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hamzah b. Jusoh.
Borang Kaji Selidik
A) Latar Belakang
1. Di manakah tempat tinggal anda?
a) Kampung Kelantan
b) Kampung Tembioh
c) Kampung Panti
2. Apakah bangsa anda?
a) Melayu
b) Cina
c) India
d) Lain-lain, nyatakan............
3. Apakah jenis pekerjaan anda?
....................................................
4. Berapakah bilangan ahli keluarga?
............................................................
B) Keadaan Infrastruktur : Sebelum dan Selepas Banjir
1. Apakah kemudahan infrastruktur yang terdapat di kampung yang terlibat?
....................................................................................................................................
2. Sejauh manakah kemudahan infrastruktur yang terdapat di kampung yang terlibat
musnah?
...................................................................................................................................................
3. Bagaimanakah keadaan saliran longkang dan sungai yang sebelum berlakunya
banjir?
..........................................................................................................................................
4. Bagaimana pula dengan keadaan jalan raya?
........................................................................................................................................
5. Apakah kemudahan infrastruktur yang telah mengalami proses pembaikan?
Adakah anda berpuas hati?
........................................................................................................................................
6. Berapa banyakkah kemusnahan yang dialami?
........................................................................................................................................
7. Apakah pendapat anda mengenai fenomena banjir yang berlaku?
........................................................................................................................................
8. Adakah berlakunya pembangunan yang menyebabkan berlakunya banjir?
.........................................................................................................................................

Kertas kerja sebagai persediaan ke Kota Tinggi.
KAJIAN KES
Kesan banjir ke atas keadaan infrastruktur kawasan kampung yang dikaji.
PENGENALAN
Satu kajian bakal dilakukan di berberapa kawasan kampung iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Kampung Panti yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Fokus kajian ialah terhadap keadaan infrastruktur di kampung-kampung terlibat yang menjadi salahsatu punca kejadian banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Kami akan mengetengahkan berberapa elemen infrastruktur antaranya keadaan saliran longkang, sungai, jalan raya, dan struktur jalan bangunan di kampung-kampung tersebut. Di samping itu, kami turut mengaitkan kajian terhadap infrasturktur ini dengan proses pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut. Perubahan-perubahan yang berlaku ke atas elemen-elemen infrastruktur ini telah mewujudkan proses penambahbaikan dalam kampung tersebut. Usaha-usaha penambahbaikan ini menggiatkan lagi proses pembangunan.
OBJEKTIF

- Mengetahui impak banjir terhadap keadaan infrastruktur di kawasan kajian.
- Sebagai salah satu carauntuk menyiapkan kertas kerja bagi kursus Urbanisasi dan Pembanguan Bandar.
- Temubual
- Pemerhatian turut serta
- Soal selidik
Wednesday, September 5, 2007
Aktiviti yang dilakukan sebelum membuat kerja lapangan
Sebelum kerja lapangan dilakukan, kumpulan saya telah membuat berberapa pertemuan untuk membincangkan apa yang akan dilakukan semasa di Kota Tinggi, Johor. Kumpulan saya telah menyediakan satu kertas kerja yang mengandungi tajuk kajian, objektif dan metodologi yang akan kami gunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden dan pihak-pihak yang terlibat. Kami juga telah tunjukkan kertas kerja ini kepada prof. dan terdapat sedikit pembetulan yang perlu dibaiki.
Thursday, August 16, 2007
Gambar di mana keadaan bandar Kota Tinggi semasa dilanda banjir

Inilah keadaan bandar Kota Tinggi sekitar bulan disember 2006....Banjir besar yang melanda menyebabkan banyak premis-premis perniagaan terpaksa menghentikan aktiviti peniagaan. Gambar ini menunjukkan bahawa premis-premis peniagaan di bandar berkenaan mengalami kerugian yang amat besar teruatama dari segi kerosakan peralatan perniagaan yang bernilai. Kumpulan saya akan ke Kota Tinggi untuk membuat kajian soal selidik, pemerhatian turut serta dan temubual dengan penduduk kampung di salah sebuah kampung di sana untuk mengetahui keadaan infrastuktur di kawasan tersebut yang mungkin menjadi punca kepada fenomena banjir yang berlaku.
Sunday, August 5, 2007
Pengenalan
Assalammualaikum.....
Saya Nadiera bt Mohd Saman pelajar program Sains Pembangunan ingin berkongsi bersama-sama dengan rakan yang lain mengenai bencana banjir yang amat besar dan dahsyat melanda di daerah Kota Tinggi,Johor. Pada 31 Ogos ini, saya akan ke Kota Tinggi untuk kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar. Melalui Kerja lapangan ini, saya akan dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai banjir yang melanda di negeri tersebut melalui sesi 'inteview' bersama penduduk di salah sebuah kampung di sana.

Subscribe to:
Comments (Atom)