Satu tinjauan telah dilakukan di sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. rombongan tersebut telah disertai oleh semua ahli jawatankuasa dan ketua kumpulan kerja lapangan bagi kursus Urbanisasi dan Pembangunan Bandar dan kursus Demografi dan Kependudukan. Aktiviti ini memakan masa 1hari. Tinjauan awala ini dilakukan bertujuan unutuk mendapatkan gambaran awal perkembangan banjir di daerah Kota Tinggi pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007. Seperti yang telah diketahui umum, negeri Johor telah mengalami dua bencana banjir yang teruk iaitu pada pertengahan Disember 2006 dan pada awal bulan Januari 2007. rombongan berpecah dalam dua kumpulan dengan satu kumpulan membuat tinjauan dari segi sudut demografi manakala satu lagi kumpulan dari segi urbanisasi dan pembangunan bandar. Kumpulan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Hamzah b. Jusoh.
Friday, September 7, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment