Wednesday, September 12, 2007
Hari Kedua di Kota Tinggi
Pada hari kedua, 2 September 2007, jam 9.00 pagi, 3 buah bas telah bersedia untuk membawa kami semua ke kawasan-kawasan yang dikaji iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang. Kumpulan saya telah memilih Kamung Tembioh sebagai kawasan kajian yang pertama. Di sana kami diberi masa selama 2 jam untuk mencari bahan daripada responden-responden melalui kaedah soal selidik dan temubual. Di sana, kami telah berpecah untuk mencari responden. Berbagai maklumat yang kami terima berkaitan dengan tajuk kami iaitu kesan banjir ke atas kemudahan infrastruktur di kawasan Kg Tembioh. Kebanyakan infrasturktur di sana mengalami kerosakan seperti jalan raya berlubang dan longkang pecah selepas banjir berlaku. Sungai pula dipenuhi dengan pasir menyebabkan sungai menjadi cetek atau tidak dalam. Kerosakan yang berlaku terhadap kemudahan infrastruktur telah mula diperbaiki dan ada yang sudah siap diperbaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Selepas menjalankan kajian di Kg Tembioh, kami bertolak ke Kg Kelantan untuk mengetahui keadaan infrstruktur di sana. Melalui kajian yang kami lakukan, Kg Kelantan juga mengalami masalah kerosakan yg sama seperti Kg Tembioh. Jalan raya dan longkang telah diperbaiki dan ada juga longkang yang baru dibina. Sungai Kemang yang berhampiran dengan Kg Kelantan juga telah mula didalamkan untuk memudahkan pengaliran air sungai dengan lancar. Pada hari tu, memang sangat letih sebab berjalan terlalu banyak tapi sebab bahan semua ok...hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment