Friday, September 7, 2007

Kerja Lapangan di Kota Tinggi.

HARI PERTAMA

Pada jam 2.00 petang, saya bersama rakan-rakan yang lain tiba di daerah Kota Tinggi. Sampai di sana, kami diberi masa selama setengah jam untuk makan tengahari sementara menunggu waktu check-in pada pukul 2.45 petang. Selepas makan, kami semua telah check-in bilik dan dibenarkan solat dan berehat selama setengah jam dan berkumpul berhampiran dengan hotel pada jam 4 petang. Pada jam 4 petang, kumpulan saya iaitu Kumpulan Media telah membuat kajian soal selidik di kawasan perumahan yang berhampiran dengan bandar Kota Tinggi. Kami telah membuat kaji selidik di Taman Mawai Baru dan juga di Kampung Makam. Kami telah mendapat maklumat daripada berberapa orang responden di sana dan pelbagai maklumat kami terima dari setiap responden bagi tajuk kajian yang kami kaji. Tetapi perjalanan kami untuk terus mencari responden terhalang disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan dan kami pulang ke hotel pada jam 6.00 petang. Pada waktu malam, kami berjalan-jalan disekitar bandar Kota Tinggi sambil memikirkan apa yang bakal kami lakukan esok.

No comments: