Friday, September 7, 2007

Kertas kerja sebagai persediaan ke Kota Tinggi.

KAJIAN KES

Kesan banjir ke atas keadaan infrastruktur kawasan kampung yang dikaji.

PENGENALAN

Satu kajian bakal dilakukan di berberapa kawasan kampung iaitu Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Kampung Panti yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor. Fokus kajian ialah terhadap keadaan infrastruktur di kampung-kampung terlibat yang menjadi salahsatu punca kejadian banjir besar pada hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007. Kami akan mengetengahkan berberapa elemen infrastruktur antaranya keadaan saliran longkang, sungai, jalan raya, dan struktur jalan bangunan di kampung-kampung tersebut. Di samping itu, kami turut mengaitkan kajian terhadap infrasturktur ini dengan proses pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut. Perubahan-perubahan yang berlaku ke atas elemen-elemen infrastruktur ini telah mewujudkan proses penambahbaikan dalam kampung tersebut. Usaha-usaha penambahbaikan ini menggiatkan lagi proses pembangunan.

OBJEKTIF
  • Mengetahui impak banjir terhadap keadaan infrastruktur di kawasan kajian.
  • Sebagai salah satu carauntuk menyiapkan kertas kerja bagi kursus Urbanisasi dan Pembanguan Bandar.
KAEDAH PENYELIDIKAN
  • Temubual
  • Pemerhatian turut serta
  • Soal selidik

No comments: