Monday, September 17, 2007
Hari Ketiga di Kota Tinggi
Pada 3 September 2007, iaitu hari ketiga saya berada di sana. Pada jam 9.00 pagi, kami semua telah berkumpul beramai-ramai dan akan menaiki bas bertolak ke Pejabat Kerajaan untuk mendapatkan maklumat sekunder daripada pihak yang terlibat. Saya dan ahli kumpulan saya yang lain telah pergi ke pejabat daerah Kota Tinggi dan di sana pegawai daerah telah bersedia untuk ditemubual dan sudi memberi kerjasama yang baik kepada kami semua. Kami telah mendapat banyak maklumat sekunder daripada pegawai daerah tersebut. Di samping itu, beliau juga telah memberi maklumat kepada kami mengenai jabatan-jabatan yang boleh menjawab soalan-soalan yang kami ajukan dengan lebih tepat dan jelas. Kumpulan kami yang mengkaji kemudahan infrastruktur yang terdapat di Kota Tinggi telah diarahkan ke Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT) dan Jabatan Kerja Raya(JKR). Masa tidak mengizinkan, kami terpaksa berhenti sementara untuk sesi temubual dan menyambung tugasan kami kembali selepas waktu makan tengahari iaitu pada jam 2.15 petang. Saya dan ahli kumpulan saya berpecah. Saya dan rakan saya, Jothi telah bergerak ke Jabatan Kerja Raya(JKR) untuk menemubual Encik Said iaitu wakil dari pihak JKR untuk memberi maklumat lanjut mengenai kerosakan jalan raya di seluruh kawasan yang terlibat. Dua lagi ahli kumpulan saya telah bergerak ke Jabatan Pengairan dan Saliran dan MDKT. Hasilnya akan saya masukkan dalam laporan kumpulan nanti. Pada jam 4.00 petang, kami telah bertolak pulang ke UKM dengan maklumat yang kami perlukan.;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment